Skip to main content

Dunia

Hezbollah nafi terlibat dalam serangan maut ke atas pasukan pengaman PBB di Selatan Lubnan

United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeepers and members of the Lebanese army arrive at the site, after an Israeli strike severed the last remaining bridge linking southern Lebanon to the rest of the country, in Qasmiyeh, Lebanon April 16, 2026. REUTERS/Louisa Gouliamaki
Seorang anggota tentera Perancis terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan ke atas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan pada Sabtu, kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron. - Gambar Reuters

BEIRUT: Hezbollah menafikan pada Sabtu  sebarang penglibatan dalam insiden membabitkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan yang mengorbankan seorang anggota pasukan pengaman dari Perancis, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Hezbollah menggesa semua pihak agar "berwaspada dalam menuding jari dan meletakkan tanggungjawab" sehingga siasatan Tentera Lubnan menjelaskan perkara sebenar mengenai insiden itu.

Kumpulan itu turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara penduduk tempatan, UNIFIL dan Tentera Lubnan.

Terdahulu pada hari yang sama, UNIFIL memaklumkan, seorang anggota pasukan pengaman Perancis yang berkhidmat dengan pasukan PBB maut manakala tiga lagi cedera selepas mereka ditembak dengan senjata ringan di Kampung Ghandourieh di selatan Lubnan ketika dalam rondaan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi platform X berkata, "segala petunjuk menunjukkan" serangan itu merupakan tanggungjawab Hezbollah dan menyeru pihak berkuasa Lubnan untuk segera menahan pihak yang bertanggungjawab.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

Must Watch Video