Skip to main content

Dunia

Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas di Australia

61693118293_helikopterVOspr.jpg
MOSCOW: Helikopter tentera V-22 Osprey, yang membawa kira-kira 20 anggota marin AS, terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia, Sputnik memetik laporan Sky News Australia pada Ahad, memetik sumber.

Nahas helikopter itu berlaku pada 01:30 GMT berhampiran Pulau Melville, lapor penyiar itu menambah insiden tersebut mungkin mengorbankan nyawa, kerana beberapa anggota masih hilang.

Latihan itu, yang melibatkan tentera dari Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste, akan digantung susulan nahas itu, kata laporan tersebut.

--BERNAMA-SPUTNIK



TAGS: AS, Australia, latihan tentera, helikopter terhempas, marin

Must Watch Video