Skip to main content

Dunia

GSF 2.0: Tentera laut Israel sekat, rampas kapal misi kemanusiaan di perairan antarabangsa

Sumud Nusantara Official
Pihak pengurusan flotila memaklumkan mereka mengesan pergerakan mencurigakan beberapa kapal dan bot berhampiran konvoi berkenaan sejurus memasuki zon perairan antarabangsa. -Foto Facebook

BAITULMUQADDIS: Tentera laut Israel menyekat dan merampas kapal daripada flotila Global Sumud yang dalam pelayaran untuk memecahkan sekatan maritim di Gaza ketika berada di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean, lapor Al Jazeera.

 

 

Tindakan itu diambil beberapa jam selepas stesen televisyen Channel 12 Israel melaporkan amaran pihak berkuasa Tel Aviv yang menyifatkan misi tersebut sebagai “provokasi” serta mengarahkan peserta berpatah balik.

Pihak pengurusan flotila memaklumkan mereka mengesan pergerakan mencurigakan beberapa kapal dan bot berhampiran konvoi berkenaan sejurus memasuki zon perairan antarabangsa.

Flotila kemanusiaan yang terdiri daripada 54 kapal itu belayar dari Marmaris, Turkiye pada Khamis lalu sebagai usaha menembusi sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang dikuatkuasakan sejak 2007.

Aktivis di atas kapal dilaporkan terputus hubungan komunikasi sejak tengah hari, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan ratusan sukarelawan dari pelbagai negara.

Insiden sekatan di perairan antarabangsa ini berlaku ketika ketegangan geopolitik di Asia Barat berada pada tahap tinggi susulan konflik maritim serta siri serangan dron di rantau itu.

Pihak berkuasa Turkiye setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan tentera laut Israel terhadap kapal yang berlepas dari wilayahnya.

Must Watch Video