Skip to main content

Dunia

Gereja gothik terbakar: Pihak berkuasa Perancis lancar siasatan kebakaran

81595250791_FrenchcityofNante.jpg
PIHAK berkuasa Perancis melancarkan siasatan ke atas kebakaran yang meletus di dalam gereja gothik St Peter dan St Paul di Nantes, barat Perancis.

Kebakaran yang berlaku pada Sabtu itu memusnahkan bahagian dalaman gereja dan memusnahkan tingkap kaca berwarna dan organ besar abad ke-17 yang menjadi tarikan utama di gereja berkenaan.

Memetik laporan antarabangsa, pasukan penyiasat negara itu menyoal siasat seorang lelaki yang bekerja di gereja tersebut.

Menurut Pierre Senner, lelaki itu bertanggungjawab mengunci gereja berkenaan pada petang Jumaat dan penyiasat mahu penjelasan mengenai jadual suspek.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. 

Kali terakhir bangunan itu terbakar adalah pada 1972 dan bumbungnya mengambil masa lebih 13 tahun untuk dibaiki.

Must Watch Video