Skip to main content

Dunia

Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan

61712503337_TBindonesia.jpg
TAIPEI: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) yang memetik data daripada Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Pusat gempa itu terletak di laut, 32.8 kilometer (km) timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 10 km, menurut data CWA.

Keamatan gempa, yang mengukur kesan sebenar kejadian seismik, didapati paling tinggi di kawasan sempadan antara Daerah Hualien dan Yilan yang mencapai tahap 4 pada skala keamatan 7 peringkat Taiwan.

Gempa bumi itu turut mencatat keamatan 3 di New Taipei, Taichung, dan Daerah Nantou, menurut data CWA.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video