TOKYO: Kerajaan Jepun sedang mengatur sesi perbincangan di peringkat tinggi dengan Iran, kata Perdana Menteri Sanae Takaichi pada Isnin, ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk Iran membuka Selat Hormuz semakin hampir, lapor Kyodo News.
"Kami sedang membuat persiapan untuk dialog di peringkat kepimpinan pada masa yang sesuai," kata Takaichi.
Beliau berkata demikian kepada sebuah jawatankuasa parlimen ketika menjawab pertanyaan seorang anggota pembangkang mengenai usaha diplomatik Jepun berhubung perang AS-Israel dengan Iran.
-- BERNAMA-KYODO