Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 7.5 skala Richter gegar timur laut Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

51693625208_Earthquake.jpg
Ombak tsunami setinggi diramalkan sehingga tiga meter melanda pantai Pasifik di wilayah Hokkaido dan Iwate dalam tempoh terdekat. - Gambar hiasan

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan timur laut dan utara Jepun pada Isnin, susulan itu amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Kyodo News Agency.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa yang berlaku pada 4.53 petang itu mencatat intensiti atas 5 pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap, selain berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Agensi itu meramalkan ombak tsunami setinggi sehingga tiga meter melanda pantai Pasifik di wilayah Hokkaido dan Iwate dalam tempoh terdekat.

-- BERNAMA-KYODO

 

Must Watch Video