Skip to main content

Dunia

Gempa 5.0 magnitud landa tengah Myanmar

41744358372_tbGempabumi.jpg
YANGON: Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda kawasan tengah Myanmar jam 10.59 pagi waktu tempatan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi (DMH) negara itu.

Menurut laporan, pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira lima batu ke tenggara bandar Wundwin di wilayah Mandalay.

-- BERNAMA



Must Watch Video