Skip to main content

Dunia

Gadis remaja ambil alih tugas Perdana Menteri Finland

61602157915_AavaMurtoPMofth.jpg
HELSINKI:Perdana Menteri Finland, Sanna Marin turut serta dalam inisiatif 'Girls Takeover' dengan membenarkan gadis remaja berusia 16 tahun, Aava Murto mengambil alih tugas sebagai pemimpin.

Inisiatif itu adalah sebahagaian daripada program sempena Hari Kanak-Kanak Perempuan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut setiap 11 Oktober setiap tahun.

Oleh itu, Aava Murto bakal berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama menteri dan ahli-ahli parlimen negara itu.

Inisiatif tersebut dianjurkan oleh organisasi hak asasi kanak-kanak 'Plan International'.

Menerusi inisiatif tersebut, kanak-kanak perempuan dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam inisiatif yang membolehkan mereka berperanan sebagai seorang pemimpin dari pelbagai sektor.

Must Watch Video