Skip to main content

Dunia

Enam terbunuh dalam serangan di Pangkalan Tentera Udara India

51451710808_IndiaAttack.jpg
Polis India menembak mati empat lelaki bersenjata yang menyerang Pangkalan Tentera Udara Pathankot, di Amritsa hari ini.

Dua askar turut dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.

Pangkalan Tentera Udara Pathankot  terletak hanya 50 kilometer dari garisan sempadan India-Pakistan.

Pihak berkuasa India berkata, lelaki bersenjata itu memakai pakaian seragam tentera.

Serangan bermula pada 3.30 pagi dengan berlaku tentangan sengit daripada pihak keselamatan India, sekali gus menyebabkan dua askar di Pangkalan Pathankot terbunuh.

Penyerang dikatakan ada kaitan dengan pertubuhan  Jaish-e-Mohammed.

Insiden berlaku beberapa hari selepas Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin Pakistan, Nawaz Sharif bertemu di Lahore bagi menggerakkan semula inisiatif damai.

Serentak insiden itu, negeri Punjab, India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Tahap keselamatan turut diperhebat di kawasan sempadan India-Pakistan.

Must Watch Video