Skip to main content

Dunia

Empat maut kejadian letupan sebuah hotel di Havana

41651856837_explosion.jpg
HAVANA: Empat terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah hotel di pusat bandar Havana, menurut media kerajaan Cuba pada Jumaat.

Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel dalam kenyataan bagaimanapun menolak kemungkinan ianya berpunca akibat pengeboman.

Namun, beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca letupan tersebut.

Memetik laporan The Guardian, sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan hilang selepas kejadian terbabit.

Hotel lima bintang di Old Havana itu mempunyai 96 bilik tetapi dipercayai telah ditutup ketika letupan berlaku.

Must Watch Video