Skip to main content

Dunia

Empat maut dalam nahas bas sekolah-kereta api di Belgium

Police and residents gather around a level crossing where a train collided with a van in Buggenhout, Belgium, Tuesday, May 26, 2026. (AP Photo/Marius Burgelman)
Beberapa orang maut selepas sebuah bas sekolah bertembung dengan kereta api di bandar Buggenhout, Belgium pada Selasa. - Foto AP/Marius Burgelman

BRUSSELS: Beberapa orang maut selepas sebuah bas sekolah bertembung dengan kereta api di bandar Buggenhout, Belgium pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dua remaja, pemandu bas dan seorang dewasa meninggal dunia, manakala dua penumpang cedera parah, kata Menteri Pengangkutan Belgium Jean-Luc Crucke kepada RTL Info.

Punca kemalangan, yang berlaku kira-kira 20 kilometer ke utara Brussels, tidak diketahui.

Menurut syarikat infrastruktur kereta api Infrabel, lintasan kereta api telah ditutup ketika kemalangan berlaku.

"Rakaman pengawasan menunjukkan lampu isyarat merah, dan penghadang berada di bawah. Pemandu kereta api juga menekan brek kecemasan, namun perlanggaran tidak dapat dielakkan," kata jurucakap Infrabel Thomas Baeken yang dipetik oleh agensi berita Belga.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement