Skip to main content

Dunia

Empat ditangkap ekoran penemuan bom di lapangan terbang Filipina

51409545995_295x200.jpg
Empat ditangkap selepas sebuah bom ditemui di dalam van yang diletakkan di lapangan terbang antarabangsa Manila.

Kenderaan utiliti yang mengandungi peranti letupan itu ditemui di tempat letak kereta terminal tiga di  lapangan terbang tersebut pada jam 1.45am (1745 GMT) pada Isnin, menurut laporan ringkas yang dikeluarkan Biro Siasatan Kebangsaan.

“Empat suspek telah ditangkap,” laporan yang dikeluarkan pejabat hal-ehwal media lapangan terbang menyebut.

Laporan itu, walau bagaimanapun, tidak menamakan suspek atau jika bom telah dihapuskan dengan selamat.

Terminal itu kembali beroperasi seperti biasa pada pagi Isnin. Jurucakap lapangan terbang enggan memberi komen.

Must Watch Video