Skip to main content

Dunia

Dela Rosa tidak lagi berada di dalam bangunan Senat - Presiden Senat Filipina

Ronald "Bato" dela Rosa
Dela Rosa bercakap kepada media di bangunan Senat, di Pasay City, Metro Manila, Filipina, 13 Mei 2026. REUTERS

MANILA: Presiden Senat Filipina Alan Peter Cayetano pada Khamis mengesahkan bahawa Senator Ronald Dela Rosa tidak lagi berada di dalam bangunan Senat, lapor Xinhua.

Di tengah-tengah ketegangan susulan laporan mengenai cubaan menahan Dela Rosa, bunyi tembakan kedengaran dari Kompleks Senat pada Rabu malam, sekali gus mencetuskan kekecohan dan kekeliruan di dalam bangunan itu.

Bagaimanapun, keadaan kembali tenang selepas itu, menurut pegawai Senat.

Cayetano berkata Nancy, isteri Dela Rosa memaklumkan kepadanya yang pasangan itu sebelum ini bersetuju agar Dela Rosa berlindung di Senat susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Nancy memberitahu Cayetano bahawa ekoran insiden tembakan pada Rabu malam, Dela Rosa mengambil kesempatan untuk meninggalkan bangunan berkenaan.

Jonvic Remulla, Setiausaha Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, hadir ke bangunan Senat pada Rabu malam dan menyatakan yang Dela Rosa berada dalam keadaan selamat serta mahu berehat, selain diberi jaminan yang tiada waran tangkap akan diserahkan kepadanya.

ICC membuka semula waran tangkap terhadap Dela Rosa pada Isnin malam, yang pada asalnya dikeluarkan secara rahsia pada November 2025.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video