Skip to main content

Dunia

Cumbre Vieja 'tenang' seketika, penduduk La Palma dibenar kembali ke rumah

71632785171_volcano.jpg
LA PALMA: Gunung berapi Cumbre Vieja yang meletus di pulau La Palma, Sepanyol sejak minggu lalu dikesan semakin 'tenang' buat masa ini.

Setakat ini, tiada insiden tidak diingini berlaku melibatkan penduduk setempat.

Penduduk yang sebelum ini dipindahkan dari pulau berkenaan kini dibenarkan kembali ke rumah masing-masing setelah aktiviti seismik gunung berapi agak reda ketika ini.

Pakar bagaimanapun berkata letusan itu boleh berlanjutan untuk tempoh tiga bulan.

Sebelum ini pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menutup lapangan terbang La Palma selepas landasan dipenuhi abu gunung berapi berkenaan.



Must Watch Video