Skip to main content

Dunia

COVID-19: Republik Czech rekod jangkitan tertinggi dalam tempoh 24 jam

81600439878_COVID.jpg
Buat pertama kalinya, jangkitan COVID-19 di Republik Czech mencatat rekod tertinggi untuk hari ketiga berturut-turut, melebihi 3,000 kes dalam satu hari.

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, 3,130 kes disahkan positif pada Khamis, hampir 1,000 lebih banyak daripada sehari sebelumnya.

Peningkatan dari hari ke hari itu hampir sama dengan jumlah semua kes pada Mac semasa gelombang pertama wabak berkenaan.

Prague paling teruk dilanda dengan 191 dijangkiti setiap 100,000 penduduk.

Jumlah yang dimasukkan ke hospital di seluruh negara mencapai 413 orang dengan 91 orang memerlukan rawatan intensif.

Sehingga kini, Republik Czech merekodkan 44,155 kes positif  dengan 489 kematian.

Must Watch Video