Skip to main content

Dunia

Blok sayap kanan pimpinan Netanyahu menang pilihan raya Israel

71667538088_Likudparty.jpg
BAITULMAQDIS: Blok sayap kanan bekas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memenangi pilihan raya umum dengan memperoleh 120 kerusi di parlimen, menurut ketua jawatankuasa pilihan raya negara itu.

Keputusan rasmi akan diserahkan kepada Presiden Isaac Herzog minggu depan, kata pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Orly Ades dalam satu siaran kenyataan pada Khamis, lapor Xinhua.

Parti pimpinan Netanyahu yang menerima sokongan pihak pakatan sayap kanan memenangi 64 kerusi manakala saingan utamanya Yair Lapid memperoleh 51 kerusi.

-- BERNAMA




Must Watch Video