Skip to main content

Dunia

Bekas perdana menteri Israel Shimon Peres meninggal dunia

41475030965_ShimonPeresShimonP.jpg
Bekas Presiden dan Perdana Menteri Israel Shimon Peres meninggal dunia pada Rabu, kata doktor peribadi mendiang kepada AFP.

Penerima Hadiah Keamanan Nobel itu meninggal dunia pada usia 93 tahun hanya selepas dua minggu diserang angin ahmar.

Menurut menantu Peres, Rafi Walden, mendiang meninggal dunia pada pukul 3 pagi waktu tempatan.

Peres telah dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan sejak 13 September lalu.

Sebelum ini, beliau berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Pada awal tahun ini, Peres pernah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali kerana mengalami komplikasi jantung.

Must Watch Video