Skip to main content

Dunia

Beirut dibedil tentera Israel

BEIRUT ATTACKED
Serangan itu dikongsikan penduduk yang berada di kawasan berhampiran menerusi sebuah video.

BEBERAPA kawasan di Beirut, Lubnan dibom tentera Israel dalam satu siri serangan oleh rejim itu pada Isnin.

Menurut tentera Israel, serangan itu didakwa sebagai tindak balas atas Hezbollah yang melancarkan peluru berpandu dan dron ke atas negara haram itu.

Menerusi beberapa rakaman yang disiarkan, asap tebal kelihatan menjulang tinggi susulan serangan terbabit.

Tentera Israel mendakwa sudah memberi amaran kepada penduduk supaya berpindah dari kawasan yang disasarkan sebelum serangan dilancarkan.

Seorang pegawai tentera rejim memaklumkan serangan tersebut merupakan sebahagian daripada operasi lebih besar yang menyasarkan infrastruktur Hezbollah.

Pihak berkuasa Lubnan melaporkan terdapat korban serta keadaan panik dalam kalangan penduduk awam yang melarikan diri dari kawasan terjejas.

Bagaimanapun angka korban rasmi akibat serangan itu belum dapat dipastikan.

Israel sebelum itu dilaporkan melancarkan beberapa serangan ke atas ibu negara Lubnan pada awal pagi Isnin.

Sebelum serangan terbaharu itu, Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 31 terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut, kawasan yang menjadi kubu kuat Hezbollah.
 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found