Skip to main content

Dunia

AS batal pasport ibu bapa culas bayaran nafkah anak

51745233760_tbChildabusegener.jpg
Kenyataan itu memaklumkan undang-undang AS membenarkan Jabatan Negara membatalkan pasport individu yang mempunyai tunggakan nafkah anak melebihi US$2,500. - Gambar hiasan

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memaklumkan akan membatalkan pasport rakyat Amerika yang mempunyai tunggakan nafkah anak dalam jumlah besar, dengan penyelarasan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, lapor Anadolu Ajansi.

“Mana-mana rakyat Amerika yang mempunyai tunggakan bayaran nafkah anak yang ketara perlu mengatur pembayaran dengan negeri atau negeri-negeri berkaitan sekarang bagi mengelakkan pembatalan pasport. Sebaik sahaja pasport dibatalkan, ia tidak lagi boleh digunakan untuk perjalanan.

“Kelayakan untuk mendapatkan pasport baharu hanya akan dipulihkan selepas tunggakan nafkah anak dibayar kepada agensi penguatkuasaan nafkah anak negeri berkaitan dan individu itu tidak lagi disenaraikan sebagai ingkar bayaran menurut rekod HHS,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan undang-undang AS membenarkan Jabatan Negara membatalkan pasport individu yang mempunyai tunggakan nafkah anak melebihi US$2,500.

“Tindakan ini menyokong kebajikan kanak-kanak Amerika dengan mengenakan kesan sebenar terhadap keingkaran membayar nafkah anak di bawah undang-undang persekutuan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video