Skip to main content

Dunia

Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan

71731160113_TBSAUDIRELIEF.jpg
BEIRUT: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Hariri dengan membawa bekalan penting seperti makanan, barangan perlindungan dan bekalan perubatan.

Bantuan itu adalah selaras dengan peranan kemanusiaan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Lubnan semasa menghadapi pelbagai krisis.

-- BERNAMA


Must Watch Video