Skip to main content

Dunia

AS anjur dialog keselamatan libatkan delegasi Israel, Lubnan di Pentagon

FILE PHOTO: The Pentagon is seen from the air in Washington, U.S., March 3, 2022, more than a week after Russia invaded Ukraine. REUTERS/Joshua Roberts/File Photo
Pentagon menerima kunjungan delegasi tentera Israel dan Lubnan pada Jumaat bagi menyokong rundingan damai antara kedua-dua pihak. - Gambar fail Reuters

HAMILTON, KANADA: Pentagon menerima kunjungan delegasi tentera Israel dan Lubnan pada Jumaat bagi menyokong rundingan damai antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Setiausaha Pertahanan untuk Dasar, Elbridge Colby menyambut delegasi Israel dan Lubnan bagi memulakan hala tuju keselamatan yang menyokong perbincangan kini berlangsung antara kedua-dua pihak. 

Delegasi berkenaan terlibat dalam rundingan ketenteraan menumpukan pada pembinaan rangka kerja praktikal untuk keselamatan dan kestabilan serantau, dengan hasil dijangka dimaklumkan secara terus kepada sebuah unit politik di bawah Jabatan Negara, yang dijadualkan bersidang semula minggu depan.

"Jabatan Pertahanan amat menghargai perkongsian strategiknya dengan kedua-dua Angkatan Pertahanan Israel dan Angkatan Bersenjata Lubnan," katanya.

Pentagon berkata ia menyokong kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan, "bebas daripada pelaku asing bersenjata," dan mengalu-alukan komitmen kedua-dua tentera terhadap rundingan itu.

"Ini ialah langkah penting ke arah merealisasikan visi Presiden Trump untuk keamanan yang berkekalan di Asia Barat," tambahnya.

AS menjangkakan dialog keselamatan itu akan diadakan semula tidak lama lagi.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement