Skip to main content

Dunia

Air New Zealand kurangkan jadual penerbangan, kenaikan harga tiket susulan krisis bahan api

61633252951_AirNewZealand.jpg
Air New Zealand memaklumkan rangkaian penerbangan domestiknya hanya mengalami pelarasan kecil bagi mengekalkan kesalinghubungan perkhidmatan di wilayah tertentu. - Gambar fail

ISTANBUL: Air New Zealand mengumumkan pengurangan lanjut jadual penerbangan serta kenaikan harga tiket berikutan kos bahan api jet yang tinggi, lapor Anadolu Ajansi.

Syarikat penerbangan itu melaksanakan perubahan terbabit bagi beberapa perkhidmatan pada Mei dan Jun, yang menjejaskan empat peratus penerbangan dan satu peratus daripada jumlah keseluruhan penumpang, menurut laporan Radio New Zealand pada Selasa.

Kos bahan api jet mencecah kira-kira AS$230 setong berdasarkan penanda aras Platts, berbanding kurang daripada AS$100 sebelum tercetusnya perang Amerika Syarikat (AS)-Israel-Iran.

Syarikat itu memaklumkan rangkaian penerbangan domestiknya hanya mengalami pelarasan kecil bagi mengekalkan kesalinghubungan perkhidmatan di wilayah tertentu.

Syarikat penerbangan itu menawarkan bayaran balik atau kredit kepada pelanggan yang penerbangan baharu mereka tidak lagi sesuai dengan rancangan perjalanan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video