Skip to main content

Dunia

Ahli politik Iran gesa keluar dari Perjanjian NPT ketika serangan berterusan

A view of a car repair shop and dealership damaged by a strike, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 28, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Keadaan sebuah bengkel baik pulih kereta dan pusat jualan kenderaan yang rosak akibat serangan, ketika konflik AS–Israel dengan Iran berterusan, di Tehran, Iran. - Foto REUTERS

TEHRAN: Ahli-ahli politik Iran mendesak negara itu menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) ketika Amerika Syarikat (AS) dan Israel meningkatkan serangan yang mensasarkan tapak nuklear orang awam, industri keluli dan sebuah universiti.

Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, Ebrahim Rezaei, berkata penyertaan Iran dalam NPT tidak lagi membawa manfaat, manakala seorang wakil rakyat Tehran, Malek Shariati, memaklumkan rang undang-undang berkaitan telah diserahkan untuk pertimbangan parlimen.

Cadangan itu termasuk penarikan diri daripada NPT, pemansuhan undang-undang berkaitan perjanjian nuklear 2015 yang telah terbatal, serta sokongan kepada perjanjian baharu dengan negara sekutu bagi pembangunan teknologi nuklear aman.

Sebarang kelulusan masih memerlukan persetujuan Majlis Penjaga Perlembagaan.

Dalam pada itu, Tehran menuduh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bersikap berat sebelah dan bersekongkol dalam serangan terhadap kemudahan nuklearnya, dakwaan yang dinafikan agensi PBB itu.

Serangan udara Israel dan AS semakin sengit sejak Jumaat, termasuk ke atas fasiliti nuklear, loji janakuasa dan kompleks keluli utama, mencetuskan kebimbangan risiko kebocoran radiologi serta kesan jangka panjang terhadap ekonomi Iran.

Beberapa kawasan turut dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Ketegangan terus memuncak ketika serangan baharu dilaporkan di Tehran dan beberapa bandar lain, dengan kebimbangan meningkat mengenai keselamatan orang awam dan kestabilan serantau.

 

Must Watch Video