Skip to main content

Dunia

83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan - UNICEF

71747823682_tblubnanisrael.jpg
UNICEF berkata, daripada 700,000 orang yang melarikan diri dari kediaman mereka akibat serangan itu, lebih satu perempat adalah golongan di bawah usia 18 tahun. - Gambar fail

GENEVA: Serangan Israel ke atas kedudukan musuh di negara jiran Lubnan menjejaskan kira-kira 200,000 kanak-kanak dan remaja, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam tempoh seminggu yang lalu, 83 kanak-kanak terkorban dan 254 lagi cedera dalam serangan berkenaan, kata UNICEF pada Isnin dengan memetik angka daripada Kementerian Kesihatan Lubnan.

Daripada 700,000 orang yang melarikan diri dari kediaman mereka akibat serangan itu, lebih satu perempat adalah golongan di bawah usia 18 tahun.

"Angka ini amat mengejutkan," kata Pengarah Serantau UNICEF Edouard Beigbeder. "Ia adalah bukti nyata tentang kesan konflik ini terhadap kanak-kanak.

"Memandangkan serangan ketenteraan berterusan di seluruh negara, kanak-kanak terbunuh dan cedera pada kadar yang mengerikan, keluarga melarikan diri dari rumah mereka dalam ketakutan, dan ribuan kanak-kanak kini tidur di pusat perlindungan yang sejuk dan sesak," tambahnya.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video