Skip to main content

Dunia

7 terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Kazakhstan

41577420202_TBPLANECRASH.jpg
Sekurang-kurangnya tujuh penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di Almaty, Kazakhstan dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan, ketika kejadian pesawat berkenaan dalam perjalanan ke ibu kota negara itu, Nur-Sultan.

Pesawat berkenaan hilang kawalan semasa berlepas sebelum berlanggar dengan pagar konkrit dan sebuah bangunan kecil.

"Pada masa ini, jumlah kematian dilaporkan sebanyak tujuh orang," lapor Reuters yang memetik kenyataan Suruhanjaya Penerbangan Kazakhstan.

Ketika ini, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa sedang berusaha membantu menyelamatkan mangsa-mangsa lain. 

Must Watch Video