Skip to main content

Dunia

51 murid Jepun jatuh sakit terhidu gas di sekolah

51683541253_TBjapanschool.jpg
TOKYO: Bau gas dilaporkan pada Isnin di sebuah sekolah rendah di wilayah Osaka Jepun, di mana berpuluh-puluh murid mengadu tidak sihat, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Kira-kira 10 pagi waktu tempatan, terdapat bau pelik seperti gas dilaporkan di Sekolah Rendah Kamei di bandar Yao, Wilayah Osaka, menurut polis tempatan.

Setakat ini, 51 kanak-kanak mengadu keadaan kesihatan yang teruk dibawa ke hospital selepas semua kanak-kanak dipindahkan dari bangunan sekolah, lapor polis.

Tiada gejala teruk dilaporkan.

Pihak berkuasa tempatan kemudiannya mengesahkan tiada kebocoran gas di bangunan sekolah, dengan punca bau masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video