MADRID: Empat sekeluarga maut pada Selasa di bandar Torrox di selatan Sepanyol dalam insiden yang disyaki berpunca daripada kebocoran gas, mendorong pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, lapor Xinhua.
Mangsa yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak mereka berusia 17 dan 19 tahun ditemukan pada kira-kira 3 petang waktu tempatan di rumah mereka berhampiran pusat bandar.
Perkhidmatan kecemasan Andalusia memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada seorang jiran.
Unit rawatan rapi bergerak, anggota bomba dan pegawai Pengawal Awam tiba tidak lama selepas itu, namun kesemua mangsa disahkan telah meninggal dunia.
Konsortium Bomba Wilayah berkata kematian itu berpunca daripada keracunan karbon monoksida, dipercayai akibat kerosakan pada dandang atau pemanas air.
Pihak berkuasa percaya insiden itu mungkin berlaku pada Isnin malam.
-- BERNAMA