Skip to main content

Dunia

3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka

61734777904_mayat.jpg
COLOMBO: Tiga orang maut dan lebih 20 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Mallawa, Wilayah Tengah Sri Lanka pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut polis tempatan, bas itu membawa 25 penumpang semasa kejadian di jalan utama Hatton-Kandy dan kesemua penumpang mengalami kecederaan.

Polis mengesahkan tiga individu meninggal dunia akibat kecederaan dialami mereka di hospital manakala baki penumpang menerima rawatan di hospital wilayah.

-- BERNAMA


Must Watch Video