Skip to main content

Dunia

3 maut dalam letupan kilang kimia di Korea Selatan

81445391889_Explosion.jpg
YEOSU (Korea Selatan): Tiga pekerja ditemukan maut dalam kejadian letupan kilang kimia di sebuah kompleks perindustrian di Yeosu, Korea Selatan pada Isnin, menurut anggota bomba.

Kebakaran berlaku pada 1.37 petang di sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Yeosu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ketika kejadian terdapat tujuh pekerja, empat yang lain disahkan selamat, menurut pihak berkuasa.

Punca kejadian sedang disiasat

-- BERNAMA

Must Watch Video