Skip to main content

Dunia

2 maut pesawat eksperimen terhempas di Rio de Janeiro

71770254780_mayatgeneric.jpg
Nahas itu berlaku kira-kira 11.55 pagi waktu tempatan berhampiran jalan Sao Joao Marcos. - Gambar hiasan

RIO DE JANEIRO: Dua individu yang berada di dalam sebuah pesawat kecil maut selepas pesawat itu terhempas pada Ahad di Rio Claro di negeri Rio de Janeiro, Brazil, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Nahas itu berlaku kira-kira 11.55 pagi waktu tempatan berhampiran jalan Sao Joao Marcos.

Anggota bomba berkata apabila pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda masih hidup. 

Operasi menyelamat dan tindak balas masih diteruskan, manakala pakar teknikal akan menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan Brazil memaklumkan bahawa pesawat itu didaftarkan sebagai pesawat kategori eksperimen dan hanya dibenarkan beroperasi pada waktu siang.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video