Skip to main content

Dunia

2 maut, beberapa orang terperangkap, bangunan bertingkat runtuh di Durban, Afrika Selatan

81765575090_SouthAfricaBuildi.jpg
JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan beberapa lagi terperangkap selepas sebuah bangunan bertingkat yang sedang dibina di atas sebuah kuil, runtuh pada Jumaat di Durban, Afrika Selatan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Lapan mangsa yang cedera telah menerima rawatan dan dibawa ke hospital berhampiran, manakala pasukan penyelamat terus menjalankan usaha mengesan mereka yang masih dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

-- BERNAMA

Must Watch Video