Skip to main content

Dunia

18 termasuk 10 kanak-kanak maut nahas lori terbalik di Afghanistan

A view of eastern Kabul. The truck accident happened on the road between Jalalabad in Afghanistan’s east and Kabul. Photograph: Siddiqullah Alizai/AP
Antara 29 hingga 35 penumpang lain turut cedera dan telah dihantar ke fasiliti perubatan di Nangarhar untuk rawatan, dengan beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikal. -Gambar hiasan/AP

KABUL: Sekurang-kurangnya 18 termasuk 10 kanak-kanak maut selepas lori dinaiki mereka terbalik di lebuh raya di timur Afghanistan hari ini, lapor The Guardian.

Kenderaan itu dilapor membawa pelarian Afghanistan yang pulang dari Pakistan ketika kejadian pada kira-kira jam 5.30 pagi di daerah Qarghayi.

Jurucakap gabenor wilayah Laghman, Abdul Malik Niazay berkata lori tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan menuju wilayah Nangarhar.

“Seramai 18 mangsa maut di tempat kejadian, terdiri daripada 10 kanak-kanak, lima wanita dan tiga lelaki,” katanya.

Menurut beliau, antara 29 hingga 35 penumpang lain turut cedera dan telah dihantar ke fasiliti perubatan di Nangarhar untuk rawatan, dengan beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pemanduan berbahaya dan kecuaian pemandu.

Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid menzahirkan rasa dukacita serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Afghanistan akibat keadaan jalan yang kurang baik, penguatkuasaan trafik yang lemah serta amalan membawa muatan berlebihan.

 

Must Watch Video

Advertisement