Skip to main content

Dunia

14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara

81717062126_HongKongandChines.jpg
SHENZHEN (China): Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.

Bagaimanapun dua bekas ahli majlis daerah, Lawrence Lau dan Lee Yue-shun dibebaskan.

Kesemua 16 aktivis prodemokrasi itu adalah antara 47 individu yang didakwa melakukan subversif berhubung pemilihan utama tidak rasmi untuk Majlis Perundangan Hong Kong (LegCo) 2020.

Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

-- BERNAMA

Must Watch Video