Skip to main content

Dunia

13 terkorban, lebih 9,000 isi rumah terjejas banjir dan hujan lebat di Malawi

REUTERS VIDEO
Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dan 35 lagi cedera selepas hujan lebat serta banjir melanda Malawi antara 15 hingga 18 Mac. - Gambar Reuters

LILONGWE: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dan 35 lagi cedera selepas hujan lebat serta banjir melanda Malawi antara 15 hingga 18 Mac, menurut Jabatan Pengurusan Bencana Hal Ehwal (DoDMA) negara itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Dalam kemas kini yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Pengurusan Bencana, Wilson Moleni, jabatan itu memaklumkan sejumlah 9,598 isi rumah terjejas, manakala 128 isi rumah dipindahkan.

Kebanyakan kematian berpunca daripada rumah runtuh atau kejadian banjir, katanya.

Sementara itu, beberapa jalan di beberapa majlis kawasan terjejas tidak lagi boleh dilalui selepas jambatan dan sebahagian jalan dihanyutkan arus, menurut jabatan berkenaan.

Jabatan itu berkata, 12 kem pemindahan telah diwujudkan di enam majlis kawasan bagi menempatkan serta memberi bantuan kepada isi rumah terjejas.

Pada 21 Feb, DoDMA dalam laporan menyatakan sekurang-kurangnya 46 orang telah terkorban sejak bermulanya musim hujan 2025/2026 pada November 2025.

Jabatan itu turut merayu kepada rakan pembangunan, pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa serta sektor swasta untuk menyokong usaha tindak balas melalui bantuan barangan keperluan, sumber kewangan, bantuan teknikal serta operasi mencari dan menyelamat.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video