Skip to main content

Dunia

12 termasuk bayi maut dalam serangan AS-Israel di kawasan perumahan di Iran

iran crisis, flag, epa
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel di tengah dan barat Iran pada Sabtu. - Gambar/ EPA

ANKARA/ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan kawasan kediaman di tengah dan barat Iran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Televisyen rasmi Iran melaporkan bahawa serangan AS-Israel menyasarkan Kampung Hizab di wilayah Markazi di tengah Iran, dengan sebuah kediaman terkena serangan itu yang mengorbankan enam orang awam serta mencederakan tujuh yang lain.

Dalam kejadian berasingan, pihak berkuasa wilayah Ilam memaklumkan bahawa satu serangan menyasarkan sebuah rumah di bandar Eyvan di barat Iran, menyebabkan letupan kuat yang memusnahkan bangunan itu.

Ia berkata enam sekeluarga terkorban dalam serangan berkenaan, termasuk seorang bayi berusia enam bulan.

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pembersihan runtuhan di lokasi kejadian di Eyvan, tambah pihak berkuasa wilayah itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video