Skip to main content

Dunia

10 dikhuatiri maut dalam insiden jejantas runtuh di Florida

61521151719_TBMIAMIBRIDGECOLL.jpg
Sebuah jejantas baru dibina dekat Universiti Antarabangsa Florida di Miami runtuh pada petang Khamis.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Miami, 10 mangsa dikhuatiri maut manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Angka sebenar mangsa yang terlibat masih belum disahkan.

Stesen televisyen tempatan melaporkan sekurang-kurangnya lima hingga enam kenderaan terperangkap di bawah runtuhan.

Jejantas 950 tan sepanjang 53 meter itu siap dibina pada Sabtu lalu.

Must Watch Video