Skip to main content

Bisnes

Vincent Tan jual saham Berjaya Corp bernilai hampir RM80 juta

berjaya corporation berhad
Selepas pelupusan, jumlah pegangan Vincent Tan dalam Berjaya Corp berkurangan kepada 1.23 bilion saham atau kira-kira 21% kepentingan dalam syarikat tersebut. - Foto DagangNews

KUALA LUMPUR: Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menjual pegangan saham dalam syarikat konglomerat tersebut bernilai kira-kira RM79.56 juta.

Menerusi satu pemfailan kepada Bursa Malaysia, syarikat pelaburan peribadinya, Berjaya True Ascend Sdn Bhd, telah melupuskan sebanyak 306 juta saham atau bersamaan pegangan 5.25% dalam Berjaya Corp melalui urus niaga perniagaan secara langsung pada 6 Mac lalu.

Saham tersebut dijual pada harga 26 sen sesaham.

Bagaimanapun, identiti pembeli bagi blok saham berkenaan tidak didedahkan.

Selepas pelupusan itu, jumlah pegangan Vincent Tan dalam Berjaya Corp berkurangan kepada 1.23 bilion saham atau kira-kira 21% kepentingan dalam syarikat tersebut.

Daripada jumlah itu, beliau memegang secara langsung sebanyak 8.559% pegangan, manakala baki 12.533% lagi dimiliki melalui beberapa kenderaan pelaburan lain.

Pada penutupan dagangan Isnin, saham Berjaya Corp kekal tidak berubah pada paras 27 sen sesaham, sekali gus meletakkan nilai pasaran kumpulan itu sekitar RM1.61 bilion. - DagangNews.com

 

Must Watch Video