Skip to main content

Bisnes

Toyota, Waymo jalin kerjasama bangunkan kereta swapandu

71745988959_ToyotadanWaymo.jpg
TOYOTA dan Waymo menjalinkan kerjasama bagi memajukan pembangunan dan penggunaan teknologi kenderaan swapandu.

Turut terlibat dalam kerjasama ini ialah Woven yang merupakan anak syarikat Toyota yang baru sahaja membuka bandar raya contoh masa depan tahun lalu.

Toyota sudah pun membangunkan teknologi Guardian dan Chauffeur yang menyasarkan swapandu Tahap 4.

Kepakaran sedia ada ini apabila digabungkan dengan pengalaman Waymo menawarkan lebih 4 juta perjalanan dalam roboteksi, diharap akan mempercepatkan proses penghasilan kenderaan swapandu yang lebih baik.

Ini ialah satu lagi kerjasama strategik yang dilakukan oleh Waymo dengan syarikat pengeluar kenderaan.

Sebelum ini mereka bekerjasama dengan Geeely, Volvo dan Jaguar juga untuk memacu pembangunan kenderaan swapandu. 




Must Watch Video