Skip to main content

Bisnes

Tiada perancangan menswastakan MAS

41356161922_120x90.jpg
Khazanah Nasional tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menswastakan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Azman Mokhtar memberitahu ini kerana langkah menswastakan MAS tidak akan membantu menyelamatkan syarikat itu.

Jelas Azman, langkah menswastakan MAS tidak membantu syarikat itu yang memerlukan bantuan kewangan.

Tambah beliau, MAS telah mempamerkan pemulihannya dengan prestasi dan produk yang lebih baik.

Namun masih banyak yang perlu dilakukan berikutan  persekitaran sektor penerbangan yang mencabar.

Azman mengulas cadangan penganalisis baru-baru ini agar MAS diswastakan.

Sementara itu mengenai pelepasan kepentingan Khazanah Nasional di dalam Time Engineering , Azman berkata proses pemilihan sedang dilakukan dan ia dijangka dimuktamadkan tahun ini.

Azman terdahulu mengumumkan prestasi cabang pelaburan kerajaan pada prebiu tahunan kesembilan Khazanah di ibu negara.

Must Watch Video