Skip to main content

Bisnes

[TERKINI] KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah 2025

Dividen KWSP. Foto Astro AWANI
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, bagi 2025, kadar dividen yang akan diberikan kepada pencarum ialah sebanyak 6.15 peratus untuk akaun simpanan konvensional dan syariah. - Gambar Astro AWANI

SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu 6.15 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.

Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion manakala bagi Simpanan Shariah, membabitkan agihan berjumlah RM12.5 bilion.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.

Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 2024 sebanyak 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan membabitkan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun itu RM73.24 bilion.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Must Watch Video