Skip to main content

Bisnes

Rizab antarabangsa BNM pada AS$126.6 bilion setakat 3 Mac 2026

81625550980_BNM.jpg
BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.6 bilion setakat 31 Mac, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$110.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$6.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

Sementara itu, bank pusat berkata jumlah asetnya sebanyak RM617.54 bilion, terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM511.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.79 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM419.79 juta), harta tanah dan peralatan (RM4.56 bilion) dan aset lain (RM58.98 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM617.54 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.44 bilion), mata wang dalam edaran (RM188.75 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.12 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM2.69 bilion), deposit lain (RM70.90 bilion), kertas Bank Negara (RM7.29 bilion), peruntukan SDR (RM26.38 bilion), serta liabiliti lain (RM3.86 bilion).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video