Skip to main content

Bisnes

Petronas berikan lesen kepada THHE

71359256428_295x200.jpg
TH Heavy Engineering Bhd (THHE) menerusi anak syarikat milik penuhnya, O&G Works Sdn Bhd (OGW), telah diberikan skop tambahan lesen oleh Petronas untuk mod operasi pengeluar.

Lesen itu melayakkan OGW untuk menender dan menyertai dalam kerja-kerja akan datang seperti kren kekaki luar pesisir pelbagai jenis dan sekali gus meningkatkan kapasiti untuk Petronas dan pengendali minyak lain.

"Penyertaan itu dijangka dapat memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih OGW dan THHE Group untuk tahun kewangan semasa dan masa depan," kata syarikat dalam satu kenyataan.

Topic Berkaitan

Must Watch Video