Skip to main content

Bisnes

Muhammad Noor meletakkan jawatan sebagai pengarah Malakoff

41503908315_DatukMuhamadNoorH.jpg
Datuk Muhammad Noor Hamid akan meletakkan jawatan sebagai pengarah di Malakoff Corp Bhd berkuat kuasa 31 Ogos 2017.

Malakoff dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata peletakan jawatan itu adalah disebabkan oleh sebab-sebab peribadi dan profesional.

Muhammad Noor sekarang ini berada dalam lembaga pengarah SapuraKencana Petroleum Bhd dan Lafarge Malaysia Bhd.

-- BERNAMA

Must Watch Video