Skip to main content

Bisnes

Lebih 400,000 akses kredit, 1.4 juta rakyat guna perbankan digital GXBank

71704886620_TBGXBANK.jpg
GXBank setakat ini mencatat lebih 1.4 juta pelanggan dengan lebih 450 juta transaksi direkodkan sejak beroperasi.

KUALA LUMPUR: Usaha memperluas rangkuman kewangan di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan penggunaan platform perbankan digital.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Kaushik Chowdhury, kemudahan akses yang lebih inklusif membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengurus kewangan secara kendiri.

GXBank setakat ini mencatat lebih 1.4 juta pelanggan dengan lebih 450 juta transaksi direkodkan sejak beroperasi, mencerminkan perubahan dalam tingkah laku kewangan pengguna.

Image
GX BANK

Dalam aspek simpanan, sebanyak 1.3 juta akaun Savings dan Bonus Pockets telah diwujudkan, dengan pelanggan secara kolektif meraih kira-kira RM24 juta faedah sepanjang 2025.

"Antara matlamat utama simpanan ialah kecemasan, persaraan dan percutian," jelasnya.

Bagi pembiayaan pula, tambah beliau, lebih 400,000 pengeluaran kredit direkodkan melalui kemudahan FlexiCredit, dengan 40 peratus pemohon terdiri daripada golongan kurang mendapat akses kewangan.

Kadar penerimaan pinjaman juga melebihi 70 peratus, dengan purata pembiayaan sekitar RM40,000.

Sebanyak 74 peratus pelanggan daripada komuniti kurang mendapat perkhidmatan kewangan turut menyatakan tip kewangan yang disediakan membantu mereka mengurus kewangan dengan lebih baik.

"Secara keseluruhan, perkembangan ini mencerminkan peningkatan penggunaan digital dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus menyokong usaha memperkukuh rangkuman kewangan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Must Watch Video