Skip to main content

Bisnes

Honda kaji semula strategi EV – 3 model EV kini dibatalkan

Honda Kaji Semula Strategi EV – 3 Model EV Kini Dibatalkan -- AMANZ
Honda 0 Saloon dan Honda 0 SUV. - Foto Amanz

HONDA lewat menawarkan kenderaan elektrik berbateri (BEV) mereka ke pasaran dunia dan kini mereka mengumumkan akan mengkaji semula strategi EV mereka.

Langkah drastik pertama yang dilakukan ialah pembatalan model Honda 0 SUV, Honda 0 Saloon dan Acura RSX.

Honda 0 SUV dan Honda 0 Saloon baru sahaja diperlihatkan tahun lalu dengan ia sepatutnya dikilangkan di Amerika Syarikat.

Strategi baharu diperlukan selepas Amerika Syarikat menamatkan program subsidi pembelian EV di bawah pentadbiran Donald Trump.

Trump turut melonggarkan peraturan kecekapan bahan api EPA yang perlu dipatuhi sebelum ini sehingga menjadi pemangkin mengapa Honda menawarkan EV mereka ke pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Persaingan sengit daripada pengeluar China turut menjadi penyebab strategi Honda perlu diubah.

Honda mengikuti jejak Ford, Volkswagen dan Lamborghini yang sama ada mengurangkan skop atau menamatkan terus pembangunan EV mereka disebabkan kurangnya sambutan daripada pengguna.

Program Ford F150 Lightning tidak mendapat sambutan sehingga menyebabkan kerugian besar.

Ford akan menawarkan versi PHEV untuk menghembus nafas baharu kepada trak elektrik ini dengan kilang pengeluaran bateri akan diubahsuai untuk menghasilkan pek bateri bagi keperluan pusat data.

Lamborghini secara mengejut menghentikan pembangunan eSUV Lamborghini Lanzador dengan CEO Lamborghini Stephan Winkelmann mengatakan ia kerana permintaan untuknya adalah “hampir sifar”.

Sementara itu Volkswagen menutup kilang pengeluaran kereta dengan ia akan diubahsuai menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan (AI), robotik dan kajian rekaan cip.

Ini semua gara-gara jualan siri EV Volkswagen ID tidak mencapai sasaran.

Must Watch Video