Skip to main content

Bisnes

Farhash Wafa Salvador letak jawatan sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia

61748737172_TBFarhashWafa.jpg
KUALA LUMPUR: Pengendali rantaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd telah mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya, Datuk Farhash Wafa Salvador, berkuat kuasa pada 30 Mei 2025.

Syarikat tersebut melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Farhash, yang dilantik sebagai pengerusi pada 3 Jan 2023 meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan dalam perniagaan lain.

Farhash juga merupakan pengerusi Key Alliance Group Bhd, kedudukan yang dipegang sejak 28 Jan 2025.

-- BERNAMA



Must Watch Video