Skip to main content

Bisnes

Belanjawan 2026: Kerajaan perlu tumpu isu kos sara hidup - Tinjauan

51756848382_BantuanSARA.jpg
KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup perlu menjadi tumpuan utama dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan kelak.

Menerusi tinjauan dalam talian #SuaraAndaSuaraMalaysia oleh Astro AWANI, 74.16 peratus daripada 449 responden menumpukan isu kos sara hidup.

Isu pendidikan di kedudukan kedua dengan 11.8 peratus responden, diikuti isu pekerjaan 7.57 peratus dan kesihatan 6.46 peratus.

Tinjauan ini disertai oleh 449 responden sejak Ahad lalu.

Astro AWANI membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan menjelang pembentangan Belanjawan 2026.

Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai terbuka untuk menyertai kuiz khas yang mengandungi soalan penting berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, cukai, serta hala tuju ekonomi negara.

Soalan baharu akan dikemas kini setiap dua hari, sehinggalah menjelang sehari sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober nanti.

Soalan kedua dalam tinjauan ini bermula hari Selasa hingga Khamis depan. Sertai sekarang!





Must Watch Video