Skip to main content

Bisnes

AirAsia larang bawa 'hoverboard', 'Segway' dan skuter elektronik dalam penerbangan

71451447827_hoverboard.jpg
Semua peranti pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium dilarang didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X berkuasa hari ini.

Peranti itu termasuk 'hoverboard', 'Segway', segway mini, skuter elektronik, 'solowheel', 'airwheel', 'balance wheel' dan peralatan yang serupa dengannya.

"Dalam keadaan tertentu, membawa kerusi roda atau peranti mobiliti yang beroperasi menggunakan bateri mungkin diterima, tertakluk kepada pengasingan  bateri oleh penumpang.

"Berat maksimum yang dibenarkan bagi kerusi roda dan peranti mobiliti adalah 85 kilogram," demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Penumpang yang membawa peralatan yang beroperasi menggunakan bateri digalakkan agar merujuk kepada garis panduan AirAsia yang boleh didapati di  www.airasia.com/ask.

BACA: Lagi kes papan hoverboard terbakar di Amerika Syarikat

Must Watch Video