Pejabat Pendakwa Raya Teheran telah mengarahkan penyitaan aset serta pembekuan akaun bank milik lebih 100 individu berprofil tinggi yang dituduh “menyokong musuh di luar negara.”
Menurut agensi berita Fars, individu-individu berkenaan termasuk beberapa pelakon, atlet dan wartawan dari organisasi media Iran International dan Manoto, yang dituduh oleh pihak berkuasa Teheran mempunyai hubungan dengan Israel.
Laporan itu tidak mendedahkan identiti individu-individu yang terlibat.
Ia menyatakan bahawa perintah tersebut menyasarkan 63 pengurus dan kakitangan Iran International serta 25 pengurus dan kakitangan saluran berita Manoto.
Selain itu, 25 warga Iran yang menetap di luar negara turut menjadi sasaran kerana dituduh “menyokong serangan musuh dalam pelbagai cara, khususnya di ruang siber.” - Agensi